CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 14 November 2008

RANG UNDANG-UNDANG BERKAITAN PERBADANAN PUTRAJAYA.


PERBADANAN:
"Perbadanan Putrajaya" yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apaapa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Perbadanan, mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.

Objektif:
Perbadanan adalah untuk mentadbirkan dan menguruskan Kawasan Perbadanan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

1.Fungsi-fungsi Perbadanan ialah:
(a) melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;
(b) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;
(c) memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersil, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya; dan
(d) mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan
(b) dan (c) di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya.

2.Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang suaimanfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi-fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—
(a) menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya;
(b) menjalankan segala aktiviti, khususnya aktivitiaktiviti yang bersifat komersil yang penjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya;
(c) mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan
pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang
menggariskan aktiviti-aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan-tinjauan
permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek pembangunan
atau pembangunan semula boleh dilaksanakan;
(d) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;
(e) memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;
(f) dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan
atau pengembangan syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain
untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separaPerbadanan atau secara bebas;
(g) menghendaki jabatan-jabatan kerajaan dan agensiagensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam atau bercadang hendak menjalankan pembangunan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya mengemukakan laporan-laporan,yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang ditentukan oleh Perbadanan, mengenai aktivitiaktivitinya atau aktiviti-aktivitinya yang dicadangkan;
(h) melantik mana-mana ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsi- fungsinya;
(i) dengan kelulusan Menteri, menswastakan atau dengan apa-apa cara lain memindahmilikkan atau melupuskan mana-mana aktivitinya berhubungan dengan fungsi-fungsinya di bawah seksyen ini atau menswastakan atau dengan apa-apa cara lain memindah milikkan atau melupuskan mana-mana asetnya;
(j) mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana- mana fungsi atau kuasanya;
(k) mengawalselia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan
infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya; dan
(l) melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannyapatut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.

3.Tertakluk kepada seksyen 9, adalah menjadi tanggungjawab Perbadanan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuatkuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan Kawasan Perbadanan Putrajaya
sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

4.(i).Perbadanan hendaklah terdiri daripada seorang wakil Kerajaan Negeri dan anggota-anggota yang berikut yang akan dilantik oleh Menteri:
(a) seorang Presiden yang hendaklah bertindak sebagai Pengerusi;
(b) tiga pegawai Kerajaan Persekutuan; dan
(c) dua anggota lain daripada sektor swasta.
(ii).Timbalan Presiden Perbadanan hendaklah dilantik oleh Presiden daripada kalangan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan, dan semasa ketiadaan Presiden pada mana-mana
mesyuarat, Timbalan Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(iii) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Perbadanan.

5.Maka hendaklah ada seorang Setiausaha kepada Perbadanan yang hendaklah dilantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

6.Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pengkhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.

7.Semua anggota, pegawai dan pengkhidmat Perbadanan, semasa menunaikan kewajipan-kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pengkhidmat Perbadanan, hendaklah
disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

8.Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan-arahan yang tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, melaksanakan segala arahan sedemikian.

9.(i) Kawasan Perbadanan Putrajaya ialah kawasan yang disebut dalam Perkara II Perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri berhubungan dengan penubuhan Putrajaya dan pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu pihak berkuasa Negeri Selangor
oleh pihak berkuasa Persekutuan.
(ii) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, adalah menjadi tanggungjawab Perbadanan untuk melaksanakan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya fungsi-fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini.

10.Sebagai tambahan kepada kewajipan-kewajipan yang dikenakan dan kuasa-kuasa yang terletakhak pada Perbadanan oleh Akta ini, Perbadanan boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang diserahhakkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan dalam melakukan sedemikian Perbadanan hendaklah disifatkan memenuhi maksud-maksud Akta ini dan peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Perbadanan berkenaan dengan pengusahaan fungsi-fungsi itu, penjalanan kuasa-kuasa itu dan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu: Dengan syarat bahawa akaun wang itu hendaklah
disimpan berasingan dan terpisah daripada wang dalam Kumpulan Wang.

11.(i) Perbadanan hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun
dan maklumat mengenai harta dan aktiviti-aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(ii) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apaapa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

sumber: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PUTRAJAYA 1995

0 ulasan: