CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 1 November 2008

MENGENAI CYBERJAYA

Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan pada bulan Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ekonomi
Cyberjaya merupakan satu daripada bandar siber MSC Malaysia yang diharap dapat memacu negara Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara syarikat multinasional yang beroperasi di Cyberjaya adalah BMW, HSBC, DHL, Shell, Nokia, Ericsson dan Motorola.

Pendidikan
Cyberjaya menempatkan beberapa institusi pendidikan, antaranya:
Universiti Multimedia
Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
Kolej Universiti Sains Perubatan
CyberjayaSekolah Seri Puteri yang merupakan sekolah berasrama penuh elit perempuan.

0 ulasan: