CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 1 November 2008

Cyberjaya: Selepas 11 tahun Projek Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia) dilancarkan

Cyberjaya yang dulu hanyalah kawasan ladang kelapa sawit kini muncul sebagai peneraju utama industri berasaskan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Bandar pintar itu yang juga nadi kepada MSC Malaysia kini menjadi pilihan syarikat gergasi seperti DELL, HSBC, OCBC, BMW, DHL dan Mitsubishi menempatkan pusat pangkalan data dan operasi serantau mereka.

Walaupun begitu, pembangunan Cyberjaya diteruskan dengan banyak lagi kemudahan termasuk ruang pejabat, kedai, pusat rekreasi dan perkhidmatan sokongan seperti kediaman dan jaringan pengangkutan 24 Jam.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd (Cyberview), Redza Rafiq Abdul Razak berkata pengunjung yang datang ke Cyberjaya kini dapat menyaksikan dengan jelas perubahan yang berlaku sejak 11 tahun lalu.

“Dulu orang yang datang ke sini hanya dapat melihat perubahan pembangunan infrastruktur tetapi sekarang kita perlu memberi tumpuan kepada aspek lain apabila ramai orang asing datang ke Cyberjaya untuk bekerja dan melabur.

“Jika lebih pekerja dan pelaburan asing masuk kita perlu mencipta lebih banyak aktiviti yang boleh memupuk semangat kekitaan dan megeratkan hubungan di kalangan masyarakat di Cyberjaya,” katanya kepada Berita Harian.

Cyberview juga akan mempercepatkan projek pembinaan fasa ketiga bangunan Pusat Usahawan Tekno Industri Kecil dan Sederhana (SME 3) Cyberjaya bagi membolehkan lebih banyak Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) membuka pejabat di bandar pintar itu.

Beliau berkata, pembinaan bangunan SME 3 yang sepatutnya dilaksanakan pada 2010, terpaksa dipercepatkan pembinaan SME 3,” katanya.

Bagaimanapun, Redza Rafiq berkata terikh pembinaan SME 3 dengan 150 lot pejabat bernilai antara RM30 juta dan RM40 juta masih dibincangkan dengan semua pemegang amanah harta di Cyberjaya termasuk Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Katanya, SME 3 akan dibina di lokasi berbeza dengan SME 1 dan SME 2 kerana kawasan sedia ada tidak berupaya menampung satu lagi bangunan.

“Cyberview berharap pembinaan bangunan SME baru akan menggalakkan kemasukan syarikat PKS dari dalam dan luar Negara ke Cyberjaya pada masa depan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya sambil menambah 3,000 peluang pekerjaan diwujudkan dalam tempoh dua tahun lalu.

Cyberview juga akan membina 1,000 unit rumah mampu milik khas untuk pekerja di Cyberjaya dengan harga berpatutan. Projek itu akan dilancarkan pada julai ini dengan harga berpatutan iaitu pangsapuri daripada RM88,000, manakala rumah teres bermula daripada RM158,000.

Aspek riadah warga bandar pintar ini turut diberi penekanan dengan kemudahan infrastruktur seperti gelanggang tennis, futsal, badminton, kolam renang dan mesin simulator perlumbaan sukan bermotor disediakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

“Kemudahan ini penting kerana jika pekerja gembira dan mengamalkan gaya hidup sihat, maka mereka dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti kepada syarikat dan pelabur,”katanya.

0 ulasan: