CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 17 November 2008

Kajian Keefisien Bandar Putrajaya dan Cyberjaya

Pengenalan Kepada Keefisienan Bandar
Keefisienan Bandar merujuk kepada keadaan bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk dinikmati oleh semua penduduk sama ada yang kaya atau miskin dan yang tinggal di bandar atau luar bandar. Bandar yang efisien mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna.

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keefisienan sesebuah bandar yang terdapat di kawasan Lembah Klang. Tahap keefisienan bandar diukur melalui borang kajiselidik berdasarkan pandangan masyarakat di sesebuah kawasan bandar yang dipilih.

Lokasi Kajian
Kajian ini telah dijalankan di kawasan Lembah Klang di mana bandar yang dipilih ialah Putrajaya dan Cyberjaya. Putrajaya dan Cyberjaya merupakan kawasasn rancangan yang diilhamkan dari Kerajaan Persekutuan Malaysia dan pembangunan yang dirancang banyak mempuayai ciri-ciri bandar moden.

Kaedah Kajian
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat mengumpul data pembolehubah yang dikaji. Borang soal selidik ini mengandungi 5 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, bahagian D dan bahagian E.
Dalam bahagian A, soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu faktor demografi dan latar belakang pekerjaan dan pendapatan. Manakala dalam bahagian B pula mengandungi soalan berkaitan tahap keefisienan Bandar yang terbahagi kepada 13 bahagian iaitu ekonomi Bandar, kemudahan masyarakat, infrastruktur, imej dan lanskap Bandar, pengangkutan, perdagangan, perkilangan, pelancongan, perumahan, keselamatan, governans, alam sekitar, dan perkhidmatan online.
Dalam bahagian C pula merangkumi ranking tahap keefisienan Bandar dan persepsi responden mengenai tahap keefisienan Bandar raya Kuala Lumpur. Bahagian D mengandungi soalan tentang pengalaman responden berhadapan dengan ketidak-efisienan Bandar sepanjang 5 tahun lepas. Bahagian terakhir iaitu bahagian E pula terdiri daripada pandangan responden tentang keefisienan ketidak-efisianan Bandar serta ulasan keseluruhan tentang Bandar mereka.

Responden Kajian
Responden dalam kajian ini adalah seramai 45 orang yang dipilih secara rawak di kawasan Bandar Banting iaitu terdiri daripada 18 orang responden lelaki dan 27 orang responden perempuan. Responden dalam kajian ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu 34 orang Melayu, 8 orang Cina dan 3 orang India.
Keputusan kajianAnalisis kajian ini akan dimuatkan dalam slide lain selepas penyelidik selesai membuat analisa

Keputusan kajian
Analisis kajian ini akan dimuatkan dalam slide lain selepas penyelidik selesai membuat analisa.

0 ulasan: