CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 20 November 2008

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI LATARBELAKANG RESPONDEN

Carta pai menunjukkan latar belakang responden di mana peratusan responden perempuan 60 peratus adalah melebihi responden lelaki sebanyak 40 peratus. Hal ini kerana responden dikalangan lelaki sukar ditemubual berbanding perempuan.

Cartai pai di atas menunjukkan kategori bangsa yang sudi ditemubual dalam kajian ini. Daripada 45 orang responden tersebut, 34 orang berbangsa melayu dengan 75.6 peratus, bangsa Cina 8 orang dengan 17.8 peratus dan kaum India seramai 3 orang dengan peratusannya 3 peratus. Terdapat perbezaan yang ketara kerana bilangan responden melayu yang lebih ramai. Hal ini kerana kebanyakkan penduduk yang tinggal di Putrajaya dan Cyberjaya adalahitinya adalah melayu.

Dari segi umur, kami menumpukan terhadap golongan pekerja dan pelajar yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun. Di dapati soalan daripada kertas soal selidik, hampir semua responden mengetahui soalan yang ditanya ini mereka mempunyai taraf pendidikan.




Graf bar menunjukkan tahap pendidikan para responden yang sudi memberikan kerjasama. Tahap berpendidikan SPM menunjukkan bilangan tertinggi bejumlah 16 orang dengan 37 peratus, diikuti diploma seramai 8 orang dan tahap pendidikan terendah iaitu tidak bersekolah adalah seorang. Ini kerana penduduk di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya sekurang-kurangnya mempunyai tahap berpendidikan SPM.


Graf di atas menunjukkan jenis perkerjaan responden dimana responden yang mencatatkan bilangan tertinggi ialah terdiri daripada pelajar dan pengawal keselamatan diikuti responden yang berkhidmat dalam sektor kerajaan.

0 ulasan: