CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 1 November 2008

Putrajaya News

Tasik Putrajaya Dipilih Menjadi Hos IWSF Waterski World Cup 2008Tuesday ,
16-Sep-2008

Tasik Putrajaya bakal menjadi hos kepada satu lagi acara bertaraf antarabangsa yang dikenali sebagai "Putrajaya IWSF Waterski World Cup 2008" bermula pada 7 hingga 9 November 2008 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.

Ini adalah kejohanan luncur air peringkat dunia, anjuran bersama Perbadanan Putrajaya dengan International Water Ski Federation (IWSF). Program ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Kementerian Pelancongan.

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya, Y. Bhg. Tan Sri Samsudin Osman, "Kejohanan ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia. Ia juga menunjukkan komitmen Perbadanan Putrajaya untuk mempromosi pelancongan sukan di Putrajaya dan pada masa yang sama mempelbagaikan sukan air di Tasik Putrajaya yang mempunyai pelbagai kemudahan bertaraf dunia. Seramai 60 orang peluncur lelaki dan wanita dari 18 buah negara antaranya; Argentina, Canada, Columbia, Denmark, Great Britain, Italy, New Zealand, Russia dan Amerika Syarikat akan mengambil bahagian. Mereka terdiri daripada atlit ternama dan sekurang-kurangnya 20 orang daripada peluncur tersebut merupakan 20 yang terbaik di dunia. Kejohanan ini mempertandingkan tiga disiplin utama iaitu Slalom, Shortboard dan Jump".

Menurut Y. Bhg. Tan Sri Samsudin lagi, "Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi pusingan kelima Kejohanan IWSF Waterski and Wakeboard World Cup 2008. Ianya adalah satu kejohanan bersiri yang akan bermula dengan pusingan pertama di Dubna, Russia diikuti Hacienda Bay Beach di Mesir, Singapura, Chandigarh di India, Putrajaya, Malaysia dan diakhiri dengan pusingan keenam di Doha, Qatar".

"Putrajaya dipilih kerana mempunyai sebuah kompleks sukan air yang lengkap dan bertaraf dunia serta mempunyai pusat maritim dan hotel bertaraf lima bintang yang dapat memenuhi keperluan kejohanan dunia ini nanti". Pusat Maritim Putrajaya dan hotel yang dikenali sebagai Pullman Alam Warisan dijangka akan mula beroperasi pada September 2008.

Persiapan bagi kejohanan tersebut seperti litar luncur air berserta jump ramp siap dipasang di Tasik Putrajaya mulai bulan Julai dan bot-bot yang akan digunakan semasa kejohanan ini telah tiba secara berperingkat-peringkat mulai akhir Julai. Lebih kurang 100,000 orang penonton dijangka hadir menyaksikan kejohanan selama tiga hari ini.

0 ulasan: