CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 4 Ogos 2008

sepintas lalu

Kebanyakan bandar raya utama di dunia berkembang hasil daripada Revolusi Industri dan mudah dikenali melalui penggunaan tanah serta populasi penduduk. Bandar raya besar dan berindustri lazimnya mempunyai sistem saliran, pengangkutan, utiliti, perumahan dan penggunaan tanah yang cekap.


Bandar raya Kuala Lumpur, salah satu contoh metropolis.Secara umumnya, sesebuah bandar boleh dikategorikan sebagai bandar raya setelah mencapai bilangan 100,000 penduduk. Metropolis merujuk kepada bandar raya dengan lebih 1 juta penduduk seperti di Kuala Lumpur. Bandar raya sedemikian selalunya menghasilkan pertumbuhan perbandaran di kawasan sekitar sehingga merangkumi bandar-bandar berdekatan yang lain, dikenali sebagai kawasan metropolitan ataupun konurbasi. Apabila sesebuah kawasan metropolitan turut merangkumi lebih daripada satu metropolis, ia dikenali sebagai sebuah megalopolis seperti di Tokyo.

0 ulasan: