CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 4 Ogos 2008

masalah dibandar raya

Sesebuah bandar raya lazimnya tidak dapat lari daripada masalah-masalah utama seperti berikut:-

1.Masalah pencemaran air, udara dan bunyi.
2.Masalah kekurangan tanah berhampiran kawasan bandar raya, menyebabkan harga tanah
di bandar raya jauh lebih mahal daripada di kawasan luar bandar.
3.Masalah setinggan, berikutan harga rumah yang sangat mahal di kawasan bandar raya.
4.Kadar jenayah yang tinggi.
5.Kesesakan jalan raya yang teruk.
6.Meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja.
7.Masalah sampah serta sistem pembetungan air najis.

sepintas lalu

Kebanyakan bandar raya utama di dunia berkembang hasil daripada Revolusi Industri dan mudah dikenali melalui penggunaan tanah serta populasi penduduk. Bandar raya besar dan berindustri lazimnya mempunyai sistem saliran, pengangkutan, utiliti, perumahan dan penggunaan tanah yang cekap.


Bandar raya Kuala Lumpur, salah satu contoh metropolis.Secara umumnya, sesebuah bandar boleh dikategorikan sebagai bandar raya setelah mencapai bilangan 100,000 penduduk. Metropolis merujuk kepada bandar raya dengan lebih 1 juta penduduk seperti di Kuala Lumpur. Bandar raya sedemikian selalunya menghasilkan pertumbuhan perbandaran di kawasan sekitar sehingga merangkumi bandar-bandar berdekatan yang lain, dikenali sebagai kawasan metropolitan ataupun konurbasi. Apabila sesebuah kawasan metropolitan turut merangkumi lebih daripada satu metropolis, ia dikenali sebagai sebuah megalopolis seperti di Tokyo.

Apa itu Bandar Raya?

Bandar raya atau bandaraya berasal dari dua perkataan iaitu bandar dan raya - besar. Oleh itu bandar raya membawa maksud "bandar yang besar lagi penting yang biasanya ada penduduk seramai 100,000 penduduk atau lebih..